Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Isnin, 16 November 2015

Cucur Udang Rangup Diluar Lembut Didalam

https://www.facebook.com/1527368470808964/photos/a.1527369764142168.1073741828.1527368470808964/1666967016849108/?type=3&theater BAHAN-BAHANNYA : 2 cawan tepung gandum 1/2 camca besar instant yeast (mauripan) 1 3/4 cawan air (yang ni kurang lebih, tapi mat sukat dekat2 2 cawan air dia) 1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil) 5 pokok kuchai, cuci dan kerat2 1 pokok daun bawang, hiris 1/3 camca teh serbuk kunyit 1 camca teh garam 20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel BAHAN SOS LADA : 5 biji cili merah 1/3 cawan gula pasir 1/4 cawan cuka 3 ulas bawang putih 1/4 camca teh garam CARA MEMBUATNYA : Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit. UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan UNTUK CUCUR UDANG :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba! Sumber: FB Singaporean Pakimix

Jumaat, 3 Ogos 2012

Resipi

Biskut Bunga Cina


Resipi Asal


1 tin tepung jagung cap kupu-kupu
1/2 tin marjerin
1 biji telur
susu pekat ikut kemanisan dan kelembutan biskut (Kalau boleh susu pekat manis)


Resipi Saya


1 kg tepung jagung
1 1/2 cawan marjerin/mentega
1 cawan tepung kanji
1 cawan susu tepung
1 biji telur (kuning sahaja)
Susu pekat ( 1 1/2 tin)
Esen vanilla


Cara-cara


1. Masukkan tepung jagung + esen vanilla.  Gaulkan dan pastikan esen vanilla tidak berketul.
2. Masukkan bahan lain kecuali susu pekat.  Gaul rata.
3. Masukkan susu pekat sehingga doh menjadi lembut dan sebati. Kemanisan mengikut cita rasa.
4. Uli doh tersebut sehingga tidak melekat di tangan dan kena uli sehingga terasa doh tersebut halus dan boleh nampak doh tersebut menjadi sedikit putih.
5.  Cuba guna acuan, masukkan sedikit dan tekan. Dan guna acuan tu kena praktis jugak untuk dapatkan bunga yg cantik.  Kena rajin dan sabar.
6. Suhu mengikut oven.  Bakar dalam 15-20 minit.  Tengok2 lah.  Ada orang suka garing sedikit. Saya suka yang tak garing, sebb bila masuk mulut, dia mcm cair gitu.


Nak tunjuk cara menekan, x reti camne nak buat tutorial tu. 
Biskut ini diterap oleh Si dara 12 tahun. Gambar tahun lepas.