Sebenarnya dalam bekerja, tidak perlu mewarwarkan kerja kita yang banyak pada bos sedangkan dengan orang lain hanya mengambil mudah sahaja. Memanglah bos akan pandang kat kita tinggi, tapi akan memburukkan kawan yang lain. Ini kan dah termasuk dalam menganiaya dalam tidak sedar.
Kita ni kadangkala bila orang tak solat, dah pandang semacam, orang tak tutup aurat pun dijelingnya, tapi pernah tak teropong dan halusi tentang sikap kita dalam hubungan kita sekalian. Bagaiman dengan orang berpangkat, bukan main elok lagi kita berbicara...pada yang tiada apa-apa, cakap lepas dan ala kadar sahaja. Sepatutnya bila seorang itu tak tinggal solat, pandai mengaji berkahwin dengan ahli agama patutnya kelakuan seperti itu dah tidak ada..kerana ilmunya sikap kasih sesama manusia lagi tinggi. Setiap kerja ke arah kebaikan itu adalah ibadah. Jadi jagalah pergaulan dan tutur kata itu.
Pada mulanya nak curah kan apa yang dirasa..Padamkan semua..buat apa nak melenting...biarlah rasa terasa ini dikubur dalam lubuk hati. Hanya padaNya kita berserah. Hanya padaNya kita mengadu. Bukan kah telah ditakdirkan. Ingatlah wahai Che Na, Allah sedang mengajar kamu erti sabar...moga disebalik rasa keciwa dan terkilan ini Allah gantikan dengan lebih baik. Amiin.
.Qs. Al Fajr 27-28 "Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridlaiNya".
Memaparkan catatan dengan label Catatanku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Catatanku. Papar semua catatan
Isnin, 14 Januari 2013
UJIAN ATAU TAKDIR
Dalam beberapa minggu ini, banyak betul urusan. Urusan yang tidak dirancang tetapi telah ditetapkan oleh Allah. Mana mungkin perancangan kita lebih baik daripada Pencipta. Pasrah dan redha dalam menerima takdir Allah. Teringat kata Pak Sutiyo dalam satu sesi, kita perlu mengikut sunatullah. Masa itu tidak berapa faham, tetapi sedikit demi sedikit aku faham dengan apa yang dimasudkan.
Apabila kita redha dengan ujian yang diberi oleh Allah, jiwa kita akan rasa lebih tenang. Persoalan mengapa ianya terjadi juga tiada. Sekarang ini istiqamah dalam menjalankan ibadah, mengurangkan masa bekerja kerana banyak perkara lain lagi perlu dibuat. Allhamdulillah di tempat baru ini, perhubungan ku dengan anak-anak makin rapat dan yang paling penting, masa dengan MAHA PENCIPTA.
Aku pernah meluahkan kepada beberapa orang kawan untuk melegakan sesak di dada tetapi itulah yg dijadikan untuk menikam di belakang. Moga Allah memberi keinsafan supaya tiada lagi orang teraniaya. Masa itu, terasa sedih dan ku menangis setiap masa yang terluang. Sehingga satu hari itu, aku terfikir kenapa keadaan ini berlarutan. Aku tak ingin dikatakan sakit jiwa, tekanan jiwa dan apa-apa lagi yang dipanggil orang. Aku membuat satu U turn dalam hidupku. Mendekatkan diri kepadaNya. Ya Allah, baru aku rasa betapa aku mensia-siakan kehidupan aku atas dunia ini. Kamu tak memerlukan sesiapa pun, kamu ada Allah. Keluarga, kawan-kawan, harta hanya dipinjam sementara sahaja oleh Allah.
Untuk pertama kali, ku sujud dengan penuh keinsafan. Itu yang ku pelajari. Jika solat yang dibuat dengan penuh keinsafan dan terima kasih kepada PENCIPTA, tiada timbul pecah amanah, mengumpat, menderhaka dan lain-lain. Jangan kita menjadi seperti burung kakak tua yang pandai berkata-kata tetapi si burung itu tidak memahami apa-apa. Begitu lah manusia sekarang, bila dah solat 5 waktu, puasa tak tinggal. Mula lah merasakan diri telah sempurna. Melihat orang tidak solat dengan riak yang tidak senang, menegur dengan bahasa yang kesat. Kenapa tidak ambil pendekatan untuk mentarbiah dengan kata-kata yang sopan dan berbaik sangka dengan semua orang. Ini kerana tiada siapa yang tahu akhir hidup kita macamana. Moga Allah mencabut nyawa aku, keluargaku, keturunanku, kawan-kawanku dan orang sekelilingku dalam Islam. Luar dan Dalam. Amiin.
Ishh...melalut panjang. Aku sebenarnya untuk mengingatkan diri dalam apa ujian yang diberi oleh Allah, Allah sebenarnya ingin kita memiliki sesuatu yang berharga. Sesuatu yang diperolehi dengan susah payah akan terasa kemanisannya bila diperolehi. Ibarat seperti pada malam yang kelam yang terasa panjang dengan ribut petir dan hujan lebat sehingga terasa tempias hujan. Malam itu kita tidur tidak lena dek kebasahan dan kesejukan. Tapi bila tersedar di waktu pagi, beransur-ansur matahari menampakkan diri. Suasana rasa nyaman. Segar dan diri terasa tenang. Apa perlu difikirkan perkara semalam. Matahari telah bersinar. Rasa sejuk telah beransur pergi. Jika terus memikirkan hal semalam, takut kita akan terlepas moment yang indah ini.....ini lah yang sering ku ucapkan pada diri ku...pada anak-anak ku bila mana mereka terasa 'down'.
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat dari pada urat lehernya (Al Qaaf:16)
Ini daripada pak sutiyo. Sopan dengan Allah
Allah itu ada, ada di atas dan juga ada di bawah. ada samping kanan dan kiri kita bahkan di atas dan di bawah kita. jadi yang sopan dengan Allah. sopan dengan Allah itu seperti kita sopan dengan orang tua kita, dengan orang yang diatas kita. apalagi sopan dalam beribadah. Kita sholat tidak tumakninah tergolong tidak sopan kepada Allah. dalam kehidupan…. misalnya kita mengeluhkan hidup itu juga tidak sopan dengan Allah. sopan ini diatasnya syariat. mungkin syariatnya sholat setelah sholat langsung pergi, tapi kalau kita sopan cara berjalannya pun tidak langsung berdiri hadap kanan langsung pergi, orang yang sopan pasti berdirinya dengan tetap menghadap kiblat, lalu mundur tiga langkah dengan tetap menghadap kiblat.
mari kita sadari Allah sehingga Allah benar benar kita rasakan kehadirannya, lalu bersikaplah sopan kepada beliau.
dan beberapa siri tulisan pak sutiyo mengenai kehidupan vs masalah
Untuk memahami mengenai ujian, boleh baca di blog ini : Puan Noraliza. Saya sering mengikuti bengkel yang dianjurkan oleh syarikat beliau. Moga Allah memberi kebaikan dunia dan akhirat kepada beliau dan orang-orang yang berjuang untuk mendidik hati tanpa mendapat pulangan yang tinggi.
Bawah ini, saya copy daripada blog beliau untuk rujukan saya.
Allah Ajarkan Tentang UJIAN dan TAKDIR
Ini daripada pak sutiyo. Sopan dengan Allah
Allah itu ada, ada di atas dan juga ada di bawah. ada samping kanan dan kiri kita bahkan di atas dan di bawah kita. jadi yang sopan dengan Allah. sopan dengan Allah itu seperti kita sopan dengan orang tua kita, dengan orang yang diatas kita. apalagi sopan dalam beribadah. Kita sholat tidak tumakninah tergolong tidak sopan kepada Allah. dalam kehidupan…. misalnya kita mengeluhkan hidup itu juga tidak sopan dengan Allah. sopan ini diatasnya syariat. mungkin syariatnya sholat setelah sholat langsung pergi, tapi kalau kita sopan cara berjalannya pun tidak langsung berdiri hadap kanan langsung pergi, orang yang sopan pasti berdirinya dengan tetap menghadap kiblat, lalu mundur tiga langkah dengan tetap menghadap kiblat.
mari kita sadari Allah sehingga Allah benar benar kita rasakan kehadirannya, lalu bersikaplah sopan kepada beliau.
dan beberapa siri tulisan pak sutiyo mengenai kehidupan vs masalah
Posted by Ummu Ayman
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi Allah,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani yang sentiasa memberi petunjuk dan rahmatNya.
Sudah lama saya meninggalkan blog ini dan tak kurang yang bertanya mengapa sudah lama tidak saya update blog ini. Saya ada sebab tersendiri tapi insyaAllah saya akan sharekan banyak penulisan yang sudah lama tertangguh. Terlalu banyak yang ingin saya sharekan, tentang Niat, tentang belajar Mati sebelum Mati (Hakikat Miskin dan Kaya), tentang Ilusi Masa, tentang persepsi ... Ya Allah, setelah saya memahami pelajaran 'belajar mati sebelum mati - hakikat miskin kaya itu sama' saya katakan kepada suami saya bahawa kalau saya solat tahajud setiap malam selepas saya memahaminya tak kan dapat membayar harga kefahaman ini. Saya hanya mampu bersyukur dan bersyukur terus bersyukur.
Waktu sudah larut malam sebenarnya (dah masuk pagi - 12:42 pagi) tapi saya sangat senang menulis. Bukan senang mood menulis ini datang =)
Dalam perjalanan Spiritual Trip kami ke Bali-Banyuwangi pada Julai 2012 yang lalu, saya diajarkan tentang UJIAN. Ketika berada di atas feri untuk menyeberangi ke Banyuwangi dari Bali, Pak Ustaz Abu Sangkan menceritakan tentang ujian.
(Pulau Bali kelihatan dari Banyuwangi)
Antara yang saya faham pengajaran yang saya perolehi dalam perjalanan menyeberangi ke Banyuwangi begini ...
Banyak peristiwa yang dialami setiap hari oleh manusia. Ada yang menghadapi anak meninggal dunia akibat jalanraya, ada yang menghadapi hari-hari yang menyulitkan dengan isteri kesayangan menghidap kanser, ada yang melalui kesakitan jiwa ditinggal orang tersayang dan bermacam-macam lagi. Begitulah hidup kita setiap hari dengan berbagai yang kita lalui, ada waktu kita merasa gembira, ada waktu kita merasa marah dan ada waktu kita merasa kecewa. Kita kerap merasakan seolah-olah itu musibah yang berlaku di atas kelalaian kita hingga secara spontan terkeluar kata-kata dalam jiwa kita, sepatutnya, aku tak pergi rumah dia hari tu, patutnya aku tak cakap macam tu? Akhirnya kerana di didalam minda kita merasa ia adalah muasibah maka kita akan merasa kecewa dan marah dan tidak kurang ramai orang yang tidak dapat menerima kehendak dan ketentuan Allah. Di saat kita mengeluh dan terkeluar dari hati atau lidah kita, "sepatutnya dia ikut cakap aku, tentu dia tak kena langgar", "sepatutnya kita tak lalu jalan ni, taklah kita lambat datang meeting', "Sepatutnya aku tak cakap macam tu, tak lah dia bercerai suami isteri". Di saat kita mengeluarkan keluhan dan kata-kata seperti ini, kita sedang memperlihatkan kepada ALLAH ketidakimanan kita kepada TAKDIR ALLAH! Allah sentiasa melihat hati kita, berimankah kita kepadaNya.
Namun di saat kita redha dan pasrah kepada kehendakNya dan yakin bahawa tidak ada takdir ALLAH yang salah dan setiap yang berlaku bukan musibah tapi takdir dan kehendak ALLAH, maka di saat itu kita sudah melepasi ujian ALLAH dan memperlihatkan keimanan kita kepada ALLAH. Justeru kita mempersiapkan diri untuk ujian seterusnya. Allah berfirman, "Apakah kamu mengira kamu dibiarkan mengatakan kami telah beriman padahal kamu belum diuji lagi?"
Itulah hakikat kehidupan kita sebenarnya. Setiap hari, setiap waktu dan setiap saat kita akan diuji. Mungkin dengan benda yang kecil, kaki terseliuh atau mungkin dengan peristiwa yang besar seperti penyakit yang berat atau kematian orang yang disayangi.
Kita hanya perlu yakin bahawa tidak ada takdir ALLAH yang salah dan menyerah kepada kehendakNya. barulah itu MUSLIM namanya - orang yang berserah - those who submit.
Sedikit pengalaman yang berlaku berkaitan perkara ini ketika dalam perjalanan Spiritual Trip ini. Sebaik sampai di Banyuwangi sudah lewat malam. Kami pun makan malam dan sebelum kami balik ke hotel, Pak Ustaz dan beberapa kawan mengajak saya dan kawan-kawan ke tepi pantai. Kami berjalan ke arah lokasi resort yang bersebelahan dengan pantai. Suasana sangat bagus untuk halaqah dengan Pak Ustaz. Bulan mengambang penuh dan kelihatan bayang-bayang bulan jatuh ke dalam air laut. Suara ombak sesekali kedengaran. Sungguh asyik malam itu, setting sudah tepat. Maka kami masing-masing sudah put 'expectation' atau pengharapan dalam minda kami, malam ini boleh dapat pengajaran yang baik dari Pak Ustaz. Tapi malam itu, Allah berkehendakkan sebaliknya. Pak Ustaz tak mengajarkan apa-apa dan masing-masing pulang dalam keadaan hampa =)
Namun alhamdulillah selepas itu saya memahami bahawa itulah pengajaran ALLAH sebenarnya. Allah mengajarkan agar kita tidak meletakkan apa-apa pengharapan kerana pengharapan kita ada masanya tidak sama dengan takdir yang akan berlaku. Kita sering kecewa kerana terlalu banyak 'expectation'.
Sebagai contohnya, kita marah bila ketika kita mahu masuk ke dalam lift pintu tertutup disebabkan orang yang di dalamnya tidak menekan 'door open'. Kita marah kerana kita 'expect' dia tekan door open tapi dia mungkin tengah bersedih di atas kematian isterinya. Kemudian kita marah lagi, marah lagi dan marah lagi hanya kerana banyaknya expectation kita kepada orang lain. Bila kita marah, fikirkan hakikatnya, kita marah pada siapa? Pada kehendak ALLAH?
Alhamdulillah esok paginya kami bahagia dapat pelajaran lagi dan suasana pagi yang indah di Banyuwangi menyambut kami ...
(Indahnya hidup ini)
Bahagianya pokok-pokok yang tunduk kepada ALLAH namun ramai yang tunduk pada pokok ...
Salam =)
Wallahuaklam
Ummu Ayman
Selasa, 25 September 2012
Hari Perjumpaaan Dengan Bos!!!
emmmm...hari ini kena prepare betul2...nati bom atom, bom nuklear sume kuar nati...gitu lah adat org bekerja...bila sampai masa..SKT kita akan dinilai...adakah kita buat kerja dengan betul, ikut perancangan dan sebagainya...tapi perjumpaan dengan Allah SWT lagi besarkan...
Ya Allah, aku sering membuat persiapan dan stay back sampai malam2 supaya dapat menyiapkan kerja mengikut perancangan sedangkan suruhanMu sering tersasar...tak ikut perancangan pun...tak ikut kerja yang ditetapkan olehMu...Engkau kata solat di awal waktu...tapi 'seput-seput' (**bahasa nganu) je nok abis waktu..
Itu hal di dunia...nanti di akhirat nanti...segala amalan, perbuatan di dunia ini juga akan dinilai..
Terfikir sekejap...macamana SKT ku setiap tahun dengan Allah SWT...bagaimana komunikasi ku dengan Maha Pencipta, komunikasi dengan hamba Allah yang lain, jiran???, emm,....dari segi pentadbiran...mengikut peraturan iaitu ikut Quran dan Sunnah...wow...agak2 berapa yg kita dapat ye???

Khamis, 2 Ogos 2012
Kereta ku
Semalam, kereta ku accident lagi. bulan lepas dah xcident, org langgar belakang. Jenuh jugak sebab nak bayar skit je. Katanya workshop tu kata murah je. Dia hanya ambik gambar kereta, bukannya satu-satu kerosakan lepastu bawak kat workshop. Mana diaorang nampak, lampu dah retak menunggu berkecai je, reverse sensor tercabut, besi kat dlm bonet tu patah, tak leh pasang bumper dan berbagainya. Lama jugak lah ding dong, dah dekat nak rasa baru dia bayar ikut kita nak..kira okey lah,...kena tambah sikit je lagi..
Itu cite dulu, cite sekarang, kereta ku langgar kereta parking kat area rumah, parking tempat gelap. Kereta dah colour ala2 gelap, cik suami kata dia x perasan. Huhu,...teruk jugak lah...bonet depan terbuka, tepi terus terkopak, dn bumber depan jatuh terus.....
Orang tu, satu lampu pecah, dan kemek. Kena settle secepat mungkin. Dia mesti risau gak nak balik kampung dengan keadaan kereta macam tu. Kena settle ini dulu. Harap kereta dia x banyak sgt dan boleh settle hari ini.
Ya Allah, lapangkan rezekiku, moga aku dapat bayar untuk baiki kereta orang itu.Ya Allah, tenangkan hati aku ya Allah, redhakan aku dengan segala musibah ini yang telah ditetapkan oleh Mu. Aku yakin Engkau akan berikan sesuatu yang lebih baik daripada ini. Amin..amin...amin.

Selasa, 17 Julai 2012
Kekuatan untuk rasa bersyukur
Di saat berbagai masalah yang melanda...di saat menghadapi kesulitan dengan rakan sekerja...hati ini kadangkala terdetik kenapa perkara seperti ini berulang berlaku...cepat-cepat ku sadarkan diri...Allah Maha Mengetahui baik yang terang dan tersembunyi...bersandarlah pada DIA...dan sentiasa bersyukur dalam keadaan apa pun...senang atau susah...sadar akan Allah setiap waktu, setiap detik dan nafas...dan redha yang merangkumi segalanya....dari hati, ucapan dan perbuatan..kerana ada orang, cakap redha , saya ikhlas tetapi sebenarnya mengumpat kita kat belakang kan??....tak pe, biar diorang nak umpat kita pun, mengata itu ini...tak luat pun kita...macam anak2 saya kata...nati kat akhirat kita busy duk kutip pahala orang yang aniaya kita, umpat kita....
Setiap hari ku tanamkan untuk mempertingkatkan rasa bersyukur yang seikhlas-ikhlasnya...kadangkala okey...kadangkala kecundang juga...tapi tak ape...bak kata ustaz...istiqamah....
Setiap hari ku tanamkan untuk mempertingkatkan rasa bersyukur yang seikhlas-ikhlasnya...kadangkala okey...kadangkala kecundang juga...tapi tak ape...bak kata ustaz...istiqamah....
Rabu, 21 Mac 2012
Kita sebagai Pemilih
Dalam hidup ini, banyak perkara, kita akan ada pilihan. Kita memilih pasangan hidup, memilih untuk bekerja di mana., memilih untuk berkawan dgn siapa...walaupun selalu orang berkata,..dia tidak memilih untuk berada di sisi siapa,,,dengan siapa dia berkawan...tetapi kalau ada kawan yg mulut celupar, menyusahkan kita...lama2 kita akan hindarkan diri dari dia kan? Itu namanya memilih..
Dalam hati sebenarnya kita juga ada pilihan untuk derita atau bahagia (saya pun sedang mencuba). Seberat mana masalah, derita yang ditanggung..kita ada pilihan untuk bahagia...Kadangkala kita lihat ada orang susah yg nampak bahagia..dan orang kaya yang selalu susah hati (dgn keselamatannya lah, syarikat lah..harta lah).. ini tandanya bahagia bukan pada apa yang dimiliki...
Apabila ada masalah, sedarlah Allah sentisa, mengadulah padaNya kerana seperti firman Allah
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang “Aku” maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila berdo’a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran ( Al Baqarah: 186)
Ini ayat yang saya selalu ingat, bila masalah menimpa..kerana tiada lain yang dekat dengan ku hanya Allah. Merasa tenang semasa mempunyai masalah, satu anugerah yang tidak ternilai dikurnia oleh Allah. Ku masih mencuba untuk sadar Allah setiap masa,,,,dan sehingga kini ku masih mencuba..
Ya Allah, maafkan aku kerana banyak meminta..
Ya Allah, maafkan aku kerana kurang bersyukur dengan apa yang Engkau berikan
Ya Allah, maafkan aku kerana mengeluh dengan ujian yang Engkau berikan sedangkan ujian itu hanya setitis daripada lautan. Ramai lagi yang mendapat ujian yang lebih berat.
Ya Allah maafkan aku kerana menjarak silaraturahim dikala ku mendapat ujian
Ya Allah maafkan aku kerana wajahku tidak terpamer senyum apabila mendapat ujian..
Ya Allah maafkan aku kerana terlalu menginginkan sesuatu sehingga meminta-minta setiap waktu tanpa menghiraukan hakikat, Engkau yang lebih mengetahui..apa yang buruk dan apa yang baik untuk umatnya..
Terima kasih Ya Allah..

Langgan:
Catatan (Atom)