Isnin, 14 Januari 2013

Sabarlah..

Sebenarnya dalam bekerja, tidak perlu mewarwarkan kerja kita yang banyak pada bos sedangkan dengan orang lain hanya mengambil mudah sahaja. Memanglah bos akan pandang kat kita tinggi, tapi akan memburukkan kawan yang lain.  Ini kan dah termasuk dalam menganiaya dalam tidak sedar.

Kita ni kadangkala bila orang tak solat, dah pandang semacam, orang tak tutup aurat pun dijelingnya, tapi pernah tak teropong dan halusi tentang sikap kita dalam hubungan kita sekalian.  Bagaiman dengan orang berpangkat, bukan main elok lagi kita berbicara...pada yang tiada apa-apa, cakap lepas dan ala kadar sahaja.  Sepatutnya bila seorang itu tak tinggal solat, pandai mengaji berkahwin dengan ahli agama patutnya kelakuan seperti itu dah tidak ada..kerana ilmunya sikap kasih sesama manusia lagi tinggi.  Setiap kerja ke arah kebaikan itu adalah ibadah. Jadi jagalah pergaulan dan tutur kata itu.

Pada mulanya nak curah kan apa yang dirasa..Padamkan semua..buat apa nak melenting...biarlah rasa terasa ini dikubur dalam lubuk hati.  Hanya padaNya kita berserah. Hanya padaNya kita mengadu. Bukan kah telah ditakdirkan.  Ingatlah wahai Che Na, Allah sedang mengajar kamu erti sabar...moga disebalik rasa keciwa dan terkilan ini Allah gantikan dengan lebih baik.  Amiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan