Ini daripada pak sutiyo. Sopan dengan Allah
Allah itu ada, ada di atas dan juga ada di bawah. ada samping kanan dan kiri kita bahkan di atas dan di bawah kita. jadi yang sopan dengan Allah. sopan dengan Allah itu seperti kita sopan dengan orang tua kita, dengan orang yang diatas kita. apalagi sopan dalam beribadah. Kita sholat tidak tumakninah tergolong tidak sopan kepada Allah. dalam kehidupan…. misalnya kita mengeluhkan hidup itu juga tidak sopan dengan Allah. sopan ini diatasnya syariat. mungkin syariatnya sholat setelah sholat langsung pergi, tapi kalau kita sopan cara berjalannya pun tidak langsung berdiri hadap kanan langsung pergi, orang yang sopan pasti berdirinya dengan tetap menghadap kiblat, lalu mundur tiga langkah dengan tetap menghadap kiblat.
mari kita sadari Allah sehingga Allah benar benar kita rasakan kehadirannya, lalu bersikaplah sopan kepada beliau.
dan beberapa siri tulisan pak sutiyo mengenai kehidupan vs masalah
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi Allah,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani yang sentiasa memberi petunjuk dan rahmatNya.
Sudah lama saya meninggalkan blog ini dan tak kurang yang bertanya mengapa sudah lama tidak saya update blog ini. Saya ada sebab tersendiri tapi insyaAllah saya akan sharekan banyak penulisan yang sudah lama tertangguh. Terlalu banyak yang ingin saya sharekan, tentang Niat, tentang belajar Mati sebelum Mati (Hakikat Miskin dan Kaya), tentang Ilusi Masa, tentang persepsi ... Ya Allah, setelah saya memahami pelajaran 'belajar mati sebelum mati - hakikat miskin kaya itu sama' saya katakan kepada suami saya bahawa kalau saya solat tahajud setiap malam selepas saya memahaminya tak kan dapat membayar harga kefahaman ini. Saya hanya mampu bersyukur dan bersyukur terus bersyukur.
Waktu sudah larut malam sebenarnya (dah masuk pagi - 12:42 pagi) tapi saya sangat senang menulis. Bukan senang mood menulis ini datang =)
Dalam perjalanan Spiritual Trip kami ke Bali-Banyuwangi pada Julai 2012 yang lalu, saya diajarkan tentang UJIAN. Ketika berada di atas feri untuk menyeberangi ke Banyuwangi dari Bali, Pak Ustaz Abu Sangkan menceritakan tentang ujian.
(Pulau Bali kelihatan dari Banyuwangi)
Antara yang saya faham pengajaran yang saya perolehi dalam perjalanan menyeberangi ke Banyuwangi begini ...
Banyak peristiwa yang dialami setiap hari oleh manusia. Ada yang menghadapi anak meninggal dunia akibat jalanraya, ada yang menghadapi hari-hari yang menyulitkan dengan isteri kesayangan menghidap kanser, ada yang melalui kesakitan jiwa ditinggal orang tersayang dan bermacam-macam lagi. Begitulah hidup kita setiap hari dengan berbagai yang kita lalui, ada waktu kita merasa gembira, ada waktu kita merasa marah dan ada waktu kita merasa kecewa. Kita kerap merasakan seolah-olah itu musibah yang berlaku di atas kelalaian kita hingga secara spontan terkeluar kata-kata dalam jiwa kita, sepatutnya, aku tak pergi rumah dia hari tu, patutnya aku tak cakap macam tu? Akhirnya kerana di didalam minda kita merasa ia adalah muasibah maka kita akan merasa kecewa dan marah dan tidak kurang ramai orang yang tidak dapat menerima kehendak dan ketentuan Allah. Di saat kita mengeluh dan terkeluar dari hati atau lidah kita, "sepatutnya dia ikut cakap aku, tentu dia tak kena langgar", "sepatutnya kita tak lalu jalan ni, taklah kita lambat datang meeting', "Sepatutnya aku tak cakap macam tu, tak lah dia bercerai suami isteri". Di saat kita mengeluarkan keluhan dan kata-kata seperti ini, kita sedang memperlihatkan kepada ALLAH ketidakimanan kita kepada TAKDIR ALLAH! Allah sentiasa melihat hati kita, berimankah kita kepadaNya.
Namun di saat kita redha dan pasrah kepada kehendakNya dan yakin bahawa tidak ada takdir ALLAH yang salah dan setiap yang berlaku bukan musibah tapi takdir dan kehendak ALLAH, maka di saat itu kita sudah melepasi ujian ALLAH dan memperlihatkan keimanan kita kepada ALLAH. Justeru kita mempersiapkan diri untuk ujian seterusnya. Allah berfirman, "Apakah kamu mengira kamu dibiarkan mengatakan kami telah beriman padahal kamu belum diuji lagi?"
Itulah hakikat kehidupan kita sebenarnya. Setiap hari, setiap waktu dan setiap saat kita akan diuji. Mungkin dengan benda yang kecil, kaki terseliuh atau mungkin dengan peristiwa yang besar seperti penyakit yang berat atau kematian orang yang disayangi.
Kita hanya perlu yakin bahawa tidak ada takdir ALLAH yang salah dan menyerah kepada kehendakNya. barulah itu MUSLIM namanya - orang yang berserah - those who submit.
Sedikit pengalaman yang berlaku berkaitan perkara ini ketika dalam perjalanan Spiritual Trip ini. Sebaik sampai di Banyuwangi sudah lewat malam. Kami pun makan malam dan sebelum kami balik ke hotel, Pak Ustaz dan beberapa kawan mengajak saya dan kawan-kawan ke tepi pantai. Kami berjalan ke arah lokasi resort yang bersebelahan dengan pantai. Suasana sangat bagus untuk halaqah dengan Pak Ustaz. Bulan mengambang penuh dan kelihatan bayang-bayang bulan jatuh ke dalam air laut. Suara ombak sesekali kedengaran. Sungguh asyik malam itu, setting sudah tepat. Maka kami masing-masing sudah put 'expectation' atau pengharapan dalam minda kami, malam ini boleh dapat pengajaran yang baik dari Pak Ustaz. Tapi malam itu, Allah berkehendakkan sebaliknya. Pak Ustaz tak mengajarkan apa-apa dan masing-masing pulang dalam keadaan hampa =)
Namun alhamdulillah selepas itu saya memahami bahawa itulah pengajaran ALLAH sebenarnya. Allah mengajarkan agar kita tidak meletakkan apa-apa pengharapan kerana pengharapan kita ada masanya tidak sama dengan takdir yang akan berlaku. Kita sering kecewa kerana terlalu banyak 'expectation'.
Sebagai contohnya, kita marah bila ketika kita mahu masuk ke dalam lift pintu tertutup disebabkan orang yang di dalamnya tidak menekan 'door open'. Kita marah kerana kita 'expect' dia tekan door open tapi dia mungkin tengah bersedih di atas kematian isterinya. Kemudian kita marah lagi, marah lagi dan marah lagi hanya kerana banyaknya expectation kita kepada orang lain. Bila kita marah, fikirkan hakikatnya, kita marah pada siapa? Pada kehendak ALLAH?
Alhamdulillah esok paginya kami bahagia dapat pelajaran lagi dan suasana pagi yang indah di Banyuwangi menyambut kami ...
(Indahnya hidup ini)
Bahagianya pokok-pokok yang tunduk kepada ALLAH namun ramai yang tunduk pada pokok ...
Salam =)
Wallahuaklam
Ummu Ayman




Tiada ulasan:
Catat Ulasan