Waduh...Waduh....semasa berbincang...terima call drp Ustazah si kembar...rupanya dah lama x pergi sekolah petang. Bila diselidik, katanya sibuk pegi sekolah pagi kerana buat latihan untuk sukan sekolah...
Emm...kembar..kembar...mudahnya kata utk berhenti sekolah petang semata-mata untuk tumpukan pada sukan dan aktiviti lain yang dibuat di sekolah pagi..
Anakku...Allah tak kan tanya,,,dah sampai peringkat dunia mana kita wakil sekolah...wakil negara...Cukupkah ilmu sekarang hingga nak berhenti sekolah.
Setinggi mana pun pelajaran kita, setinggi mana pangkat kita...jika akidah tidak kukuh, jika ilmu agama kurang...betapa kerdilnya kita di sisi Allah. Umi paksa bukan untuk umi tapi untuk semua orang. Umi pernah bermesyuarat dengan orang-orang besar yang masih lagi hebat bercakap walaupun takala itu azan sedang berkumandang. Untuk hidup kita perlu ilmu, untuk ilmu kita perlu belajar, untuk belajar kenalah cari tok guru, cari tok guru yang paling mudah, pegilah sekolah.
Mahukah Achik dan angah bila besar nanti baru tercari-cari guru untuk mengaji, tercari-cari orang untuk betulkan solat dan sebagainya. Malulah cam tu...
Oleh itu, jangan sibuk2 duk pikir nak berhenti sekolah...jangan sibuk pada hal dunia je...seimbangkan,..supaya kamu selamat dunia dan akhirat. Umi maukan yang terbaik untuk anak2 umi.
Love u so much
Tiada ulasan:
Catat Ulasan