Rabu, 21 Mac 2012

Kita sebagai Pemilih

Dalam hidup ini, banyak perkara, kita akan ada pilihan. Kita memilih pasangan hidup, memilih untuk bekerja di mana., memilih untuk berkawan dgn siapa...walaupun selalu orang berkata,..dia tidak memilih untuk berada di sisi siapa,,,dengan siapa dia berkawan...tetapi kalau ada kawan yg mulut celupar, menyusahkan kita...lama2 kita akan hindarkan diri dari dia kan? Itu namanya memilih..

Dalam hati sebenarnya kita juga ada pilihan untuk derita atau bahagia (saya pun sedang mencuba).  Seberat mana masalah, derita yang ditanggung..kita ada pilihan untuk bahagia...Kadangkala kita lihat ada orang susah yg nampak bahagia..dan orang kaya yang selalu susah hati (dgn keselamatannya lah, syarikat lah..harta lah).. ini tandanya bahagia bukan pada apa yang dimiliki...

Apabila ada masalah, sedarlah Allah sentisa, mengadulah padaNya kerana seperti firman Allah
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang “Aku” maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila berdo’a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran ( Al Baqarah: 186)

Ini ayat yang saya selalu ingat, bila masalah menimpa..kerana tiada lain yang dekat dengan ku hanya Allah.  Merasa tenang semasa mempunyai masalah, satu anugerah yang tidak ternilai dikurnia oleh Allah.  Ku masih mencuba untuk sadar Allah setiap masa,,,,dan sehingga kini ku masih mencuba..

Ya Allah, maafkan aku kerana banyak meminta..
Ya Allah, maafkan aku kerana kurang bersyukur dengan apa yang Engkau berikan
Ya Allah, maafkan aku kerana mengeluh dengan ujian yang Engkau berikan sedangkan ujian itu hanya setitis daripada lautan. Ramai lagi yang mendapat ujian yang lebih berat.
Ya Allah maafkan aku kerana menjarak silaraturahim dikala ku mendapat ujian
Ya Allah maafkan aku kerana wajahku tidak terpamer senyum apabila mendapat ujian..
Ya Allah maafkan aku kerana terlalu menginginkan sesuatu sehingga meminta-minta setiap waktu tanpa menghiraukan hakikat, Engkau yang lebih mengetahui..apa yang buruk dan apa yang baik untuk umatnya..

Terima kasih Ya Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan