Rabu, 21 Mac 2012

Telatah anak2

Waduh...Waduh....semasa berbincang...terima call drp Ustazah si kembar...rupanya dah lama x pergi sekolah petang.  Bila diselidik, katanya sibuk pegi sekolah pagi kerana buat latihan untuk sukan sekolah...

Emm...kembar..kembar...mudahnya kata utk berhenti sekolah petang semata-mata untuk tumpukan pada sukan dan aktiviti lain yang dibuat di sekolah pagi..

Anakku...Allah tak kan tanya,,,dah sampai peringkat dunia mana kita wakil sekolah...wakil negara...Cukupkah ilmu sekarang hingga nak berhenti sekolah.

Setinggi mana pun pelajaran kita, setinggi mana pangkat kita...jika akidah tidak kukuh, jika ilmu agama kurang...betapa kerdilnya kita di sisi Allah. Umi paksa bukan untuk umi tapi untuk semua orang.  Umi pernah bermesyuarat dengan orang-orang besar yang masih lagi hebat bercakap walaupun takala itu azan sedang berkumandang. Untuk hidup kita perlu ilmu, untuk ilmu kita perlu belajar, untuk belajar kenalah cari tok guru, cari tok guru yang paling mudah, pegilah sekolah.

Mahukah Achik dan angah bila besar nanti baru tercari-cari guru untuk mengaji, tercari-cari orang untuk betulkan solat dan sebagainya.  Malulah cam tu...

Oleh itu, jangan sibuk2 duk pikir nak berhenti sekolah...jangan sibuk pada hal dunia je...seimbangkan,..supaya kamu selamat dunia dan akhirat. Umi maukan yang terbaik untuk anak2 umi.

Love u so much

Kita sebagai Pemilih

Dalam hidup ini, banyak perkara, kita akan ada pilihan. Kita memilih pasangan hidup, memilih untuk bekerja di mana., memilih untuk berkawan dgn siapa...walaupun selalu orang berkata,..dia tidak memilih untuk berada di sisi siapa,,,dengan siapa dia berkawan...tetapi kalau ada kawan yg mulut celupar, menyusahkan kita...lama2 kita akan hindarkan diri dari dia kan? Itu namanya memilih..

Dalam hati sebenarnya kita juga ada pilihan untuk derita atau bahagia (saya pun sedang mencuba).  Seberat mana masalah, derita yang ditanggung..kita ada pilihan untuk bahagia...Kadangkala kita lihat ada orang susah yg nampak bahagia..dan orang kaya yang selalu susah hati (dgn keselamatannya lah, syarikat lah..harta lah).. ini tandanya bahagia bukan pada apa yang dimiliki...

Apabila ada masalah, sedarlah Allah sentisa, mengadulah padaNya kerana seperti firman Allah
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang “Aku” maka (jawablah) bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila berdo’a kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran ( Al Baqarah: 186)

Ini ayat yang saya selalu ingat, bila masalah menimpa..kerana tiada lain yang dekat dengan ku hanya Allah.  Merasa tenang semasa mempunyai masalah, satu anugerah yang tidak ternilai dikurnia oleh Allah.  Ku masih mencuba untuk sadar Allah setiap masa,,,,dan sehingga kini ku masih mencuba..

Ya Allah, maafkan aku kerana banyak meminta..
Ya Allah, maafkan aku kerana kurang bersyukur dengan apa yang Engkau berikan
Ya Allah, maafkan aku kerana mengeluh dengan ujian yang Engkau berikan sedangkan ujian itu hanya setitis daripada lautan. Ramai lagi yang mendapat ujian yang lebih berat.
Ya Allah maafkan aku kerana menjarak silaraturahim dikala ku mendapat ujian
Ya Allah maafkan aku kerana wajahku tidak terpamer senyum apabila mendapat ujian..
Ya Allah maafkan aku kerana terlalu menginginkan sesuatu sehingga meminta-minta setiap waktu tanpa menghiraukan hakikat, Engkau yang lebih mengetahui..apa yang buruk dan apa yang baik untuk umatnya..

Terima kasih Ya Allah..

Cinta atau belajar

Anak-anakku, ketahuilah kehidupan di dunia in tidak seindah yg disangka.  Jika anak-anak umi merasakan dengan bercouple boleh menenangkan jiwa....itu salah..lebih-lebih lagi di usia muda.  Bercintalah, berkasih sayanglah kerana Allah, hanya itu yg membuat kamu selamat.

Jangan terikut dengan kawan. Begitu juga rumah tangga di usia muda..bukan tak setuju tapi banyak buruk pada baiknya. Untuk itu, elaklah dari bercinta di usia yg terlalu muda. Berdoalah semoga Allah memberi pasangan di atas dunia ini dan berdoalah moga dia yg boleh membawa anak-anak umi ini kebaikan di dunia dan akhirat.

Anak-anaku perjalanan hidup amat panjang. ilmu perlu dicari. Belajar ilmu akhirat dan belajar ilmu dunia semoga kamu semua nanti menjadi pemberi zakat yang hebat.  Amin..

...Untuk bidadariku 5 orang yang comey-comey...