Jumaat, 3 Ogos 2012

Resipi

Biskut Bunga Cina


Resipi Asal


1 tin tepung jagung cap kupu-kupu
1/2 tin marjerin
1 biji telur
susu pekat ikut kemanisan dan kelembutan biskut (Kalau boleh susu pekat manis)


Resipi Saya


1 kg tepung jagung
1 1/2 cawan marjerin/mentega
1 cawan tepung kanji
1 cawan susu tepung
1 biji telur (kuning sahaja)
Susu pekat ( 1 1/2 tin)
Esen vanilla


Cara-cara


1. Masukkan tepung jagung + esen vanilla.  Gaulkan dan pastikan esen vanilla tidak berketul.
2. Masukkan bahan lain kecuali susu pekat.  Gaul rata.
3. Masukkan susu pekat sehingga doh menjadi lembut dan sebati. Kemanisan mengikut cita rasa.
4. Uli doh tersebut sehingga tidak melekat di tangan dan kena uli sehingga terasa doh tersebut halus dan boleh nampak doh tersebut menjadi sedikit putih.
5.  Cuba guna acuan, masukkan sedikit dan tekan. Dan guna acuan tu kena praktis jugak untuk dapatkan bunga yg cantik.  Kena rajin dan sabar.
6. Suhu mengikut oven.  Bakar dalam 15-20 minit.  Tengok2 lah.  Ada orang suka garing sedikit. Saya suka yang tak garing, sebb bila masuk mulut, dia mcm cair gitu.


Nak tunjuk cara menekan, x reti camne nak buat tutorial tu. 
Biskut ini diterap oleh Si dara 12 tahun. Gambar tahun lepas.

Khamis, 2 Ogos 2012

Kereta ku

Semalam, kereta ku accident lagi.  bulan lepas dah xcident, org langgar belakang. Jenuh jugak sebab nak bayar skit je.  Katanya workshop tu kata murah je.  Dia hanya ambik gambar kereta, bukannya satu-satu kerosakan lepastu bawak kat workshop.  Mana diaorang nampak, lampu dah retak menunggu berkecai je, reverse sensor tercabut, besi kat dlm bonet tu patah, tak leh pasang bumper dan berbagainya.  Lama jugak lah ding dong, dah dekat nak rasa baru dia bayar ikut kita nak..kira okey lah,...kena tambah sikit je lagi..

Itu cite dulu, cite sekarang, kereta ku langgar kereta parking kat area rumah, parking tempat gelap.  Kereta dah colour ala2 gelap, cik suami kata dia x perasan. Huhu,...teruk jugak lah...bonet depan terbuka, tepi terus terkopak, dn bumber depan jatuh terus.....

Orang tu, satu lampu pecah, dan kemek.  Kena settle secepat mungkin. Dia mesti risau gak nak balik kampung dengan keadaan kereta macam tu.  Kena settle ini dulu. Harap kereta dia x banyak sgt dan boleh settle hari ini.

Ya Allah, lapangkan rezekiku, moga aku dapat bayar untuk baiki kereta orang itu.Ya Allah, tenangkan hati aku ya Allah, redhakan aku dengan segala musibah ini yang telah ditetapkan oleh Mu.  Aku yakin Engkau akan berikan sesuatu yang lebih baik daripada ini. Amin..amin...amin.