Telah agak lama juga tidak mencatatkan coretan di sini..
Cuti semalam, dikejutkan dengan perginya si hitam, mutia.
Masih terbayang di ruang mata, malam itu, dia seolah kelaparan walaupun telah diberi makan nasi, whiskas sebanyak 3 kali. Dia masih lagi menyondol2 tudung saji. Ku kejutkan cik suami untuk keluarkanya bersama dgn anak-anaknya. Dalam pukul 2 pagi, terkejut dgn salakan anjing, rupanya si hitam ku dikejar anjing. Ku suruh cik suami melihat, katanya mutia tak ada, hanya ada 3 ekor anak2nya sedang tidur...Takan nak mencari dalam gelap malam dan salakan anjing...
Esok, kawan anak bagitau, mutia kejung dekat dgn rumahnya, Anak kata badanya ada titik2 darah.
Ku tidak pernah hiraukan si hitam ini. Walaupun anak2ku terlalu sayangkannya, aku tak pernah membelainya dan hanya kekadang geli hati melihat telatahnya dgn anak2nya. Ya Allah, apabila mendapat khabar itu, menitis air mataku. Hadirnya tak pernah ku hiraukan, tapi perginya amat dirasai. Ku kehilangan duit yg mana itu lah saja duit yg ku ada untuk belanja anak2 ku, kehilangan 2 kali dalam selang seminggu lebih sahaja, walaupun risau ia tak terkesan di hati...tapi betul2 kehilangan ini buat ku merinduinya...malam ini, malam ke dua si anak2 itu tidur tanpa ibunya, ingat nak biarkan dalam rumah, tapi seekor dah buat pelaburan besar-besaran di dapur. Terpaksa letak mereka di luar rumah. Dah dua kali ku dengar suara-suara kecil mengiau...mencari ibunya kot....
Sesungguhnya mati itu pasti, pada semua kehidupan...manusia, tumbuhan, binatang...bilakah kita?