Jangan sesekali menggunakan kad kredit untuk menampung kehidupan..
Jika sesekali, mungkin tak ape lah kot. Tapi bila berterusan, do something. Tambah pendapatan anda. Kadang-kadang susah juga untuk tambah pendapatan apabila mempunyai masalah seperti kesihatan diri yang tidak sihat, keluarga yang tak sihat....mungkin akan susah untuk tambah pendapatan kan...jadi carilah agensi yang boleh membantu. Janganlah cari baitul maal sahaja...kita kan kena berusaha. Jika menggunakan cara macam itu, selepas senang, sumbanglah supaya orang lain pun dapat kemudahan yang sama...
Okey....bila ada masa lapang, saya akan menulis panjang mengenai jabatan insolvensi dan akpk. Sekarang ini tak leh lah, kerana tuntutan tugas. Ini pun break kerana nak hilangkan mengantuk.
Apa-apa catatan di sini bukannya mewakili 2 organisasi tersebut.
AKPK hanya berurusan dengan orang yang tidak muflis. Kalau dah muflis/bankrap, AKPK tak dapek lah nak nolong. Boleh lihat di sini http://www.akpk.org.my/.
Untuk ke AKPK pun, kena tengok jugak. Bayaran dikenakan berdasarkan pada jumlah hutang. Jika bayaran yang dikenakan apabila join AKPK lebih atau hampir sama dengan gaji bersih kita....tentu susahkan...nak makan apa?. Anda boleh declarekan diri anda bankrap...kena pegi ke cawangan terdekat insolvensi untuk dapatkan maklumat ini.
Kalau anda tak pernah ambil tindakan, tak pernah buat bayaran dan sebagainya, bank akan ambik tindakan untuk bankrapkan anda. Minima hutang yang membolehkan bank membuat tindakan, iaitu RM30K. Bila dah muflis, banyaklah sekatan-sekatan ke atas seseorang bankrap itu. Nak details, check lah kat sini http://www.insolvensi.gov.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan